Perisian FileZilla Palsu

Awas…hati-hati download dan Install FileZilla Palsu

Pihak antivirus avast telah mengeluarkan amaran tentang perisian filezilla versi 3.7.3 dan juga 3.5.3 palsu yang mengandungi malware. Perisian palsu yang mengandungi malware itu disebarkan di laman-laman web yang telah di godam.

Jika dipandang sekali imbas pada antaramuka perisian tersebut,  ianya sama dan amat sukar untuk dibezakan. Malahan perisian yang mengandungi malware itu juga akan berfungsi seperti biasa. Satu-satunya perbezaan yang boleh dilihat adalah pada maklumat yang terdapat pada bahagian “About” perisian tersebut.

Berikut perbezaan antara perisian filezilla yang betul dan juga yang palsu (yang mengandungi malware)

Menggunakan perisian filezilla yang mengandungi malware ini akan menyebabkan maklumat login akaun ftp anda dicuri dan sekaligus mendedahkan website anda kepada serangan penggodam.

Jadi, sila semak perisian filezilla anda dan pastikan anda memuatturun perisian filezilla dari website rasmi mereka sahaja di https://filezilla-project.org

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>